Assalamualaikum.
Saya pernah dilukai. Bekas isteri saya telah mengkianati kepercayaan saya terhadapnya. Akibatnya saya telah melalui kesan kesedihan yang amat pedih ketika saat itu. Walaupun semuanya telah berlalu hampir 2 tahun dan saya telah mendirikan rumahtangga yg baru, saya rasa terdapat kesan psikologi terhadap diri saya ini.
Saya mula menyedari yang saya sekarang mudah rasa sedih apabila sesuatu kejadian yang melibatkan hati & perasaan. Walaupun saya cuba membuat seperti tidak kisah, namun hati debaran kerisauan sentiasa ada. Baru2 ini saya telah meminta staff nurse di tempat saya untuk mengambil bacaan BP kerana saya merasa degupan jantung yg pantas pada 2-3hari itu. Ketika itu saya merasa sedih sebab jiran saya telah pindah rumah tanpa memaklumkan saya (kami berkongsi rumah besar, saya tinggal di bahagian atas & jiran itu tinggal di tingkat bawah.
Malam tadi isteri saya memarahi saya dan merajuk, saya cuba memujuk tapi hatinya masih panas. Bila dipejabat saya masih teringatkan kisah tersebut dan merasa sedih. Degupan jantung laju.. rasa seperti risau.. amat tidak selasa perasaan saya pada ketika ini. Adakah ini masalah psikologi atau masalah kesihatan?
Ya Allah, ku pohon kepadaMu, jauhkan aku dari perasaan yang sebegini atas kerisauan masalah duniawi.. biarlar aku lebih risau tentang mencari keredhaanMu.. supaya aku sentiasa ingat kepadaMu.. Ya Allah berikanlah aku kesihatan supaya aku menjadi hambaMu yang sentiasa beribadah kepadaMu.. Ya Allah kau berikan daku dan keluargaku petunjuk dan hidayahMu, golongkanlah kami dari kalangan orang2 yang Engkau redhai.. Ameen Ya Rabbil Alaameen..
No comments:
Post a Comment